Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kereta ranap dalam nahas jalan raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Sebuah kereta ranap terbakar setelah terlibat dalam kemalangan yang berlaku di kawasan lebuh raya menuju ke stesen minyak Jerudong awal pagi, kelmarin.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa tujuh orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Jerudong, Cawangan Operasi F, yang diketuai oleh ASO Mohd Saini bin Gapor, dikejarkan ke lokasi pada pukul 5:31 pagi.

    Apabila sampai di tempat kejadian, anggota bomba mendapati dua buah kenderaan terbabit kemalangan yang melibatkan kebakaran pada salah sebuah kereta.

    Pemandu-pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian berkenaan telah pun keluar dari kenderaan mereka sebelum anggota bomba tiba.

    Seorang pemandu mengalami patah tangan sebelah kiri yang disahkan oleh doktor dari Unit Kecemasan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

    Anggota bomba segera bertindak memakai alat pernafasan dan memadamkan kebakaran di mana api dapat dipadamkan sepenuhnya dalam masa kira-kira tiga minit.

    Punca serta anggaran kerugian bagi kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

    JBP menyarankan orang ramai supaya sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik.

    Mereka juga disarankan untuk memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah kerana arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran berlaku.

    Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran pada sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di kawasan lebuh raya menuju ke stesen minyak Jerudong pada awal pagi Isnin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...