Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Ketua PBB, PM India lancar program tindakan iklim

    BENGALURU, INDIA, 20 OKT – Program utama kerajaan India untuk menggalakkan tindakan individu dan kolektif terhadap iklim telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Narendra Modi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

    Mission Life, di mana ‘kehidupan’ ialah akronim ‘gaya hidup untuk alam sekitar’, direka untuk menggalakkan tingkah laku individu seperti mematikan enjin kenderaan di lampu isyarat, menutup paip apabila tidak digunakan dan beralih kepada alternatif beg tahan lama daripada beg plastik sekali guna.

    Kerajaan menganggarkan tindakan tersebut, jika diambil pada skala nasional, boleh mengehadkan pelepasan, penggunaan air dan sisa dengan ketara.

    Program itu diharapkan untuk ‘menggerakkan satu bilion warga India serta orang di negara lain untuk menjadi individu yang mengamalkan gaya hidup mampan,” kata Param Iyer, Ketua Pegawai Eksekutif Niti Aayog, sebuah badan pemikir disokong kerajaan yang menerajui program Mission Life bersama Kementerian Persekitaran dan Perubahan iklim Persekutuan India.

    Ketua PBB Antonio Guterres, yang sedang dalam lawatan tiga hari ke India yang juga hadir pada majlis perasmian program itu di negeri Gujerat barat, berharap tumpuan kepada kehidupan yang lebih mampan “boleh disebarkan ke seluruh dunia.” – AP

    Antonio Guterres dan Narendra Modi pada pelancaran Mission Life di Gujarat, India pada 20 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...