Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Nokia lapor keuntungan Q3 yang lebih baik

    HELSINKI, 20 OKT – Pembuat peralatan rangkaian tanpa wayar dan rangkaian tetap Nokia melaporkan keuntungan suku ketiga (Q3) yang bertambah baik dengan ketara dan jualan yang lebih tinggi hari ini berikutan permintaan kukuh untuk teknologi 5G daripada pengendali.

    Syarikat tersebut, yang berpangkalan di Espoo, Finland, melaporkan keuntungan bersih sebanyak 551 juta euro (AS$539 juta) untuk tempoh Julai-September, meningkat sebanyak 19 peratus daripada 463 juta euro setahun sebelumnya.

    Pendapatan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat 21 peratus kepada 550 juta euro daripada 454 juta euro setahun sebelumnya.

    Jualan Nokia dilaporkan meningkat sebanyak 16 peratus kepada 6.2 bilion euro.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Pekka Lundmark berkata prestasi suku ketiga syarikat itu “menunjukkan kami sedang mencapai cita-cita kami untuk mempercepatkan kemajuan.”

    “Apabila kami mula melihat melangkaui 2022, kami mengiktiraf ketidaktentuan makro dan geopolitik yang semakin meningkat di tempat kami beroperasi,” kata Lundmark dalam satu kenyataan. – AP

    Gambar fail menunjukkan Perdana Menteri Justin Trudeau menyampaikan ucapan semasa pengumuman rancangan untuk menjadikan kemudahan Ottawa Nokia sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan teknologi di Ottawa, Ontario. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...