Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Khai Bahar hanya reviu makanan sedap

    Keikhlasan penyanyi Khai Bahar membuat ulasan produk dan mempromosikannya di laman sosial Instagram menarik ramai pihak untuk menyuntingnya sebagai duta.

    Bagaimanapun, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, berkata dia enggan dilihat sebagai munafik dan hanya berpura-pura mempromosikan makanan berkenaan hanya kerana sudah dibayar.

    Menurut penyanyi lagu Bayang ini, dia perlu memastikan produk yang perlu diulas itu betul-betul berkualiti dan sedap sebelum dikongsi kepada peminatnya.

    “Saya pun bukan jenis yang sesuka hati mempromosikan produk makanan. Kalau tak sedap, saya tak terima.

    “Saya tak mahu dilihat seperti munafik mempromosikan makanan tak sedap hanya kerana dibayar,” katanya kepada mStar.

    Khai ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk makanan ringan ChocoAlbab baru-baru ini.

    Menurut penyanyi berusia 27 tahun ini lagi, dia sudah terbiasa melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Tambahnya, apa yang dilakukan (ulas makanan) itu dengan niat untuk berkongsi perkara yang baik kepada orang ramai.

    “Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama. Makanan sedap wajar dikongsi.

    “Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi-jadi kerana macam saya katakan tadi, segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.” – Agensi

    Keikhlasan penyanyi Khai Bahar membuat ulasan produk menarik ramai pihak untuk menyuntingnya sebagai duta. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...