Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Megat Rahim disangka tarik diri, ganti dengan Iqbal

    Ketiadaan salah seorang peserta program Big Stage 2022 iaitu Megat Rahim semasa konsert minggu pertama yang berlangsung kelmarin mengejutkan ramai peminat dan penonton.

    Memaklumkan dirinya sedang menjalani kuarantin akibat jangkitan COVID-19, Megat, 20, mengakui turut bersedih kerana tidak dapat beraksi membuktikan kemampuan diri di hadapan juri dan penonton pada konsert pembukaan itu.

    “Saya minta maaf kepada peminat yang menanti persembahan saya malam itu. Sejujurnya saya pun rasa sedih kerana tak dapat nak beraksi di minggu pertama. Awal-awal lagi saya sedar ramai yang meletakkan jangkaan tinggi untuk tengok persembahan saya.

    “Saya terpaksa merahsiakan mengenai ketiadaan saya itu atas permintaan Astro. Memandangkan ramai tidak tahu saya sedang kuarantin jadi apabila selesai persembahan peserta terakhir, ramai yang komen dan mesej bertanya… Mana Megat?

    “Bila Astro dah umum, barulah saya beritahu peminat. Apa-apa pun saya rasa sangat tersentuh hati apabila mereka sanggup tunggu sampai akhir… InsyaAllah minggu depan saya akan beraksi semula dan doakan saya terus sihat ya,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Sebelum itu, menerusi laman sosial Instagram, Megat memaklumkan dia tidak dapat membuat persembahan pada konsert minggu pertama Big Stage 2022 kerana disahkan positif COVID-19.

    Kata penyanyi lagu Sinar ini, dia perlu menjalani kuarantin di rumah selepas dijangkiti virus itu sejak 31 Januari lalu.

    Gara-gara ketiadaannya pada minggu pertama, ada juga segelintir warganet menyangka Megat menarik diri daripada pertandingan berkenaan dan tempatnya telah diambil alih oleh usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli. – Agensi

    Ketiadaan Megat Rahim semasa konsert minggu pertama yang berlangsung kelmarin mengejutkan ramai peminat dan penonton. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...