Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Khalifa perkasa industri marin Brunei

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Usaha terus dilaksanakan untuk membangunkan tenaga kerja tempatan termasuk dalam bidang perkhidmatan marin dengan Automac Multiresources Sdn Bhd menyempurnakan pelancaran Kapal Sokongan Pembinaan Luar Pantai Besar, Khalifa pada majlis pelancaran dan doa selamat di Pusat Kapal Persiaran, Pelabuhan Muara, hari ini.

    Hadir untuk sama-sama menyempurnakan pelancaran kapal berkenaan ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dan Pengarah Urusan Automac Multiresources, Haji Musa bin Haji Adnin.

    Dalam kata alu-aluannya, Haji Musa menyatakan bahawa Automac iaitu salah sebuah syarikat dalam Kumpulan Syarikat Adinin yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan marin dan komited menyokong usaha kerajaan Negara Brunei Darussalam dalam mempertingkatkan nilai dalam negara dengan menerajui serta mengoptimumkan spin-off tempatan bermula dengan perolehan kapal Khalifa.

    Beliau menerangkan, menerusi usaha itu, ia menjadikan Khalifa sebagai aset tempatan yang dimiliki sepenuhnya dan ia membolehkan mereka untuk menumpukan kepada pembangunan tenaga kerja tempatan, pembangunan vendor tempatan serta kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaraan dalam negara yang disasarkan.

    Haji Musa menambah bahawa pihaknya terus berusaha untuk membangunkan keupayaan dan mengukuhkan lagi reputasi mereka dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan dan produk berkualiti yang konsisten kepada industri minyak dan gas Brunei.

    Beliau menerangkan lanjut bahawa Khalifa merupakan sebuah kapal DP3 yang dibina dengan keupayaan untuk membawa seramai 310 orang penumpang dan dilengkapkan dengan sebuah kren 400T di mana kapal itu telah melalui kerja-kerja pengaktifan semula dan pengubahsuaian untuk mematuhi keperluan yang diperlukan.

    Kapal itu juga dilengkapkan dengan teknologi buatan Eropah yang berkualiti tinggi termasuk pakej Wartsila bagi enjin diesel dengan sistem DP daripada Kongsberg yang menyediakan sokongan kerja yang terbukti dalam suasana persisiran pantai. Majlis kemudian menyaksikan pelancaran kapal oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad, Haji Musa serta jemputan khas.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad seterusnya berpeluang untuk menaiki dan diberikan penerangan mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di kapal berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bersama pihak pengurusan Automac Multire-sources dan undangan khas semasa melancarkan kapal Khalifa di Pelabuhan Muara.
    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad ketika hadir selaku tetamu kehormat.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bergambar ramai di atas kapal Khalifa.
    Kapal Khalifa mampu memuatkan 310 penumpang dan dilengkapkan dengan sebuah kren 400 tan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...