Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kit kendiri: India ketat semula peraturan COVID-19

    LONAVLA, 21 JAN – Lonjakan penjualan kit kendiri COVID-19 menyebabkan pihak berkuasa India untuk mengetatkan semula peraturan ke atas penjualan dan menyebabkan kebimbangan yang berpanjangan mengenai kes COVID-19 yang tidak dilaporkan.

    Dalam tempoh tujuh hari kebelakangan, India merekodkan lebih 1.9 juta jangkitan baharu – peningkatan sebanyak 57 peratus berbanding minggu sebelumnya, menurut data yang dikumpulkan oleh AFP.

    Pakar sudah lama bimbang mengenai jumlah jangkitan dan kematian sebenar yang mungkin lebih tinggi di negara yang mempunyai 1.4 bilion penduduk disebabkan kurangnya laporan.

    Pengilang dan farmasi kit kendiri melaporkan peningkatan permintaan, terutama di bandar-bandar utama.

    Namun dipercayai tidak semua pengguna kit mengongsikan keputusan ujian mereka, sebahagian pihak berkuasa – termasuk di bandar hab kewangan yang padat di Mumbai – menggesa orang ramai untuk melaporkan diri sekiranya mereka diuji positif dan farmasi dan pengilang peralatan kendiri untuk melaporkan butiran jualan pelanggan.

    Kakitangan Mylab Discovery Solutions menghasilkan kit kendiri COVID-19 di kemudahannya di Lonavla. Pihak berkuasa percaya ramai penduduk enggan mendedahkan keputusan ujian mereka. – AFP

    Syarikat pengilang terkemuka tempatan, Mylab Discovery Solutions, yang menghasilkan kit kendiri pertama negara itu tahun lalu, berkata ia meningkatkan jumlah penghasilan bulan ini daripada 200,000 kit sehari kepada dua juta kit.

    “Apa sahaja yang kami hasilkan akan dipasarkan dengan segera,” kata ketua Mylab, Shrikant Pawar memberitahu AFP.

    Pakar berkata permintaan adalah berpunca daripada kos kit yang murah, yang mana harga runcit adalah AS$3.40, serta keputusan dalam masa 15 minit berbanding tempoh 24 hingga 48 jam bagi ujian PCR yang lebih tepat.

    Kira-kira 13 hingga 16 juta ujian direkodkan oleh ICMR setiap hari, namun tiada angka di seluruh negara bagi penjualan dan penggunaan kit kendiri.

    Pihak berkuasa di Mumbai, yang mempunyai 20 juta penduduk, berkata 125,000 penduduk telah mengongsikan ujian kendiri mereka kepada kerajaan sejak laporan peraturan baharu dilaksanakan minggu lalu.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...