Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    QAF Auto lantik Sonax

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – QAF Auto, pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW di Negara Brunei Darussalam hari ini memeterai memorandum perjanjian
    (MoA) dengan Essof Enterprise bagi melantik Sonax sebagai In-house Professional Detailing Centre untuk QAF Auto.

    Menandatangani MoA bagi pihak QAF Auto ialah Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo manakala Pengarah Urusan Essof Enterprise, Mike Chua. Essof Enterprise merupakan pengedar tunggal Sonax.

    Majlis penandatanganan telah berlangsung di QAF Auto, Perindustrian Beribi.

    QAF Auto dalam kenyataannya mengatakan, pusat perincian auto itu telah pun bermula tahun lalu manakala pengubahsuaian perincian dalaman akan bermula pada Februari kelak.

    Alisa Khoo menjelaskan, “Kami berbesar hati dapat memeterai perkongsian ini secara rasmi.

    Kami yakin dengan kualiti dan prestasi produk Sonax untuk pelanggan kereta kami, sekali gus dapat meningkatkan kualiti jualan.”

    Menurutnya lagi, ia juga sebahagian daripada usaha mereka untuk memberikan yang terbaik dan meningkatkan kepercayaan pelanggan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta berkualiti selaras dengan bilik pameran mereka yang baru diubah suai serta kemudahan perkhidmatan dan selepas jualan BMW.

    “Sonax Brunei berharap dapat bekerjasama rapat dengan QAF Auto bagi jenama kereta BMW dan MINI serta berharap ia satu langkah ideal menggabungkan kedua-dua jenama Jerman dalam memenuhi pasaran pengguna,” kata Mike Chua.

    Menurutnya, Sonax Detailing Centre akan menyokong QAF Auto menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan seperti mencuci kereta, pembersihan dalaman, penggilapan dengan produk berkualiti dan boleh memberikan kepuasan kualiti agar kenderaan pelanggan mereka tampil lebih bergaya dengan produk Jerman.

    Alisa Khoo dan Mike Chua menandatangani memorandum perjanjian di QAF Auto, Perindustrian Beribi, semalam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...