Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kokain dikesan dalam kerusi roda

    ROM, 4 SEPT – Seekor anjing pengesan membantu polis mengesan 13 kilogram kokain yang tersembunyi dalam kulit upholsteri sebuah kerusi roda bermotor di lapangan terbang Milan, di mana penggunanya berdiri dengan serta-merta dan ditahan, menurut pihak berkuasa.

    Unit anjing khas itu dihantar di lapangan terbang Malpensa untuk memeriksa penumpang yang tiba serta bagasi mereka daripada penerbangan dari Republik Dominique, sejak pengedar dadah sebelumnya telah menggunakan laluan tersebut, kata polis Pengawal Kewangan dalam satu kenyataan.

    Apabila seekor anjing menarik perhatian pegawai kepada penumpang berkenaan, polis terlebih dahulu memeriksa bagasinya, yang tidak menunjukkan apa-apa, seterusnya mengelar kulit upholsteri kerusi roda dan menemui kokain tersebut.

    Polis berkata apabila kokain ditemui, pengguna kerusi – warga Sepanyol yang telah meminta kakitangan lapangan terbang membantunya membawa kerusi roda – bangun serta-merta, berjalan tanpa bantuan dan seterusnya ditahan.

    Penumpang itu dibawa ke penjara tempatan, di mana pihak berkuasa kehakiman menahannya sementara menunggu siasatan kes, menurut kenyataan.

    Polis berkata 11 paket kokain, dengan berat 13.35 kilogram itu mampu menghasilkan kira-kira 27,000 dos dadah individu dan mempunyai nilai di pasar gelap berjumlah 1.4 juta euro. – AP

    Gambar serahan Polis Kewangan Itali menunjukkan kerusi roda bermotor yang digunakan oleh lelaki yang cuba
    menyeludup 13 kilo kokain, di lapangan terbang Milan, utara Itali. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...