Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Siren amaran untuk persiapan awal hadapi banjir

    SUNGAI SIPUT, 4 SEPT – Siren amaran banjir antara yang telah disediakan pihak berwajib di kawasan berisiko terutama sekitar Sungai Perak sebagai langkah siap siaga menghadapi bencana tersebut yang diramal berlaku Oktober ini. 

    Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata siren tersebut dipasang bagi memberi amaran kepada penduduk sekali gus membolehkan mereka membuat persiapan atau bertindak sewajarnya demi keselamatan masing-masing.

    “Pemantauan memang ada termasuk di kawasan berisiko, malah memang ada siren seperti di Sungai Perak supaya amaran tertentu dikeluarkan.

    “Kita akan tingkatkan (penggunaan) siren di kawasan yang sering berlaku banjir. Kepada yang berada di kawasan berisiko, kena sentiasa siap siaga dan peka,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna di sini hari ini.

    Menurutnya selain siren, agensi dan jabatan terlibat juga telah bersiap sedia dari segi logistik serta penyediaan pusat pemindahan sementara dengan mengambil kira perubahan iklim semasa ketika ini. Dilapor, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, sepanjang Oktober risiko bencana cuaca hanya membabitkan fenomena hujan ribut petir yang berpoten-si menghasilkan angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat dalam tempoh yang singkat dan berskala kecil. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...