Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kongres Agung Perwakilan MBB bersidang kali ke-7

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Majlis Belia Brunei (MBB) kelmarin telah mengadakan Kongres Agung Perwakilan (KAP) ke-7 di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    Kongres yang dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap Tertinggi bagi sesi 2021-2022, Dayang Aspadiyah binti Mohd Sah itu dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir Tinggi Pusat (AJKTTP) bagi sesi 2023-2024 yang diketuai oleh Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari selaku Yang Di-Pertua MBB.

    KAP turut dihadiri oleh dua orang wakil dari Jabatan Belia dan Sukan dan seorang wakil dari DBP, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku pemerhati.

    Kongres tersebut adalah sebagai landasan bagi MBB untuk menyelaras pentadbiran khususnya membincangkan dan menentukan rangka kerja, membubarkan serta melantik AJKTTP dan memperbaharui pergabungan pertubuhan.

    Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Awang Muhamamad Amirul Syazmie Ibrahim, kemudian dilantik sebagai Pengerusi Tetap Tertinggi Sementara oleh kongres bagi mempengerusikan agenda-agenda pelantikan bagi sesi 2023-2024.

    MBB merupakan gabungan 27 buah persatuan, kumpulan dan pergerakan belia, di mana 23 daripadanya berpusat di Daerah Brunei dan Muara, satu di Daerah Belait, dua di Daerah Tutong dan satu di Daerah Temburong.

    Di samping itu, KAP juga meneliti perlembagaan MBB yang telah dikemaskinikan dan membentangkan laporan kerja dan kewangan MBB, serta membincangkan mengenai strategi dan aspirasi MBB sebagai satu badan yang menghubungkan persatuan di Negara Brunei Darussalam bersama pertubuhan rasmi di luar negara dan sebagai pusat rangkaian kerja bagi belia-belia di negara ini dalam peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

    Gambar ramai AJKTTP bersama perwakilan-perwakilan belia.
    Dayang Khairunnisa semasa menghadiri kongres yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...