Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kongsi pemahaman ayat Ta’awudz, Basmalah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah meneruskan Program Khidmat Akademik buat kali ketiga yang dikendalikan untuk orang ramai secara dalam talian pada 9 Januari lalu.

    Program yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi itu dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) dan disampaikan oleh Pensyarah di Fakulti Usuluddin, Dr Haji Ahmad Baha bin Haji Mokhtar yang memiliki PhD dalam bidang Rasm Al-Mushaf. Dalam program kali ini, beliau membawakan tajuk kuliah siri kedua kesinambungan daripada pengisian dalam memahami ayat Ta’awudz dan Basmalah antaranya seperti memahami Ta’awudz dan Basmalah serta hikmah Istiazah dan Basmalah.

    Program yang dibukakan kepada orang ramai itu bermatlamat untuk memberikan peluang kepada mereka beroleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan.

    Di samping itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial serta beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan.

    Oleh itu, program itu diharap akan dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat umum.

    Dr Haji Ahmad Baha semasa menyampaikan tajuk kuliah dalam Program Khidmat Akademik yang diadakan secara dalam talian pada 9 Januari lalu. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...