Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ivan gembira turun berat badan

    Selepas berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh satu tahun, pengacara dan pereka fesyen Indonesia, Ivan Gunawan merancang untuk melakukan pembedahan payudara.

    Menurut Ivan, keputusan itu dibuat kerana bahagian dadanya tidak mengecil selepas melalui proses mendapatkan bentuk badan idaman.

    “Saya mahu turunkan lagi berat badan dan kemudian melakukan pembedahan payudara.

    “Bahagian dada tidak mengecil walau berat badan turun. Jadi saya mahu buang,” ujar Ivan.

    Dia juga kini gembira apabila dapat menggayakan fesyen yang diingini dengan mudah.

    Selain itu Ivan teruja kerana menjadi ikutan kepada lebih ramai orang untuk sama-sama mendapatkan berat badan ideal.

    “Syukur apabila dapat mempengaruhi orang lain.

    “Ramai juga cuba mendapatkan khidmat doktor yang sama membantu saya turunkan berat badan.

    “Saya rasa lebih selesa, tidur lebih puas. Paras gula dalam darah dan kolesterol juga normal.

    “Sekarang sudah boleh beli baju mahal,” jelasnya. – Agensi

    Ivan Gunawan gembira kerana dapat bergaya dengan bebas apabila sudah kurus. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...