Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kontak rapat kunci ‘survival’ anak pramatang

    GENEVA, 15 NOV – Kontak rapat adalah kunci kepada ‘survival’ anak damit pramatang dan kecil, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini dalam pembaikpulihan dasar yang sebelum ini menggunakan inkubator.

    Garis panduan baharu itu menandakan perubahan besar dalam cara agensi kesihatan PBB menyarankan penjagaan intensif neonatal yang disediakan kepada anak damit pramatang.

    Membenarkan ibu atau penjaga dan anak damit yang lahir pramasa sentiasa rapat dari awal, tanpa berenggang, akan menambah peluang hidup, beritahu Karen Edmond, pegawai perubatan dan pakar pediatrik WHO kepada wartawan di Geneva.

    “Pelukan pertama dengan ibu bapa bukan sahaja penting dari segi emosi, tetapi juga amat penting untuk menambah lagi peluang hidup dan manfaat kesihatan untuk anak kecil dan pramatang,” kata beliau.

    Garis panduan baharu tentang cara-cara merawat anak damit yang lahir sebelum minggu ke-27 kehamilan atau di bawah 2.5 kilogram digunakan dalam semua keadaan, kata WHO.

    Sentuhan harus diberikan ‘walaupun untuk anak damit tidak sihat yang mempunyai masalah pernafasan,” katanya, dan menegaskan ‘mereka juga memerlukan kontak rapat dengan ibu mereka selepas lahir.”

    Sebelum ini, WHO berkata anak yang baru lahir yang ‘tidak stabil’ dengan berat badan kurang daripada dua kilogram selepas lahir harus ditempatkan dalam inkubator.

    Dengan pengemaskinian hari ini, agensi PBB menyediakan 25 cadangan mengenai penjagaan anak damit pramatang, termasuk 11 yang baharu sejak pengemaskinian terakhir pada 2015. Ia termasuk penjagaan anak semasa sakit dan menekankan kepentingan menyusu anak pramatang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...