Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Korban tanah runtuh meningkat kepada 44 orang

JAKARTA, 12 MAC – Jumlah korban akibat tanah runtuh di wilayah barat Kepulauan Riau meningkat kepada 44 orang kelmarin dan usaha mencari 11 yang hilang masih diteruskan, kata pegawai.

“Daripada 44 mayat yang ditemukan, 43 daripadanya telah dikenal pasti,” kata ketua unit operasi agensi pengurusan dan mitigasi bencana Kabupaten Natuna Raja Darmika.

Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada Isnin, lapor Xinhua.

Hujan lebat dikatakan punca kepada tercetusnya bencana alam itu yang memusnahkan lebih 30 rumah dengan jumlah penduduk yang dipindahkan mencecah 2,234 orang, kata setiausaha agensi pengurusan dan mitigasi bencana Natuna, Syariffuddin Muhammad.

Beliau berkata operasi menyelamat itu turut menggunakan jentera berat dan melibatkan petugas dari pejabat mencari dan menyelamat tempatan, agensi pengurusan dan mitigasi bencana tempatan serta tentera dan polis.- Bernama/Xinhua

Gambar yang dikeluarkan oleh BNPB menunjukkan kampung yang terjejas akibat tanah runtuh di Pulau Serasan, Indonesia.- AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -