Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Korea S beri kit ujian percuma di sekolah, rumah jagaan orang tua

    SEOUL, KOREA SELATAN, 16 FEB – Korea Selatan akan mengagihkan kit ujian pantas koronavirus secara percuma di sekolah-sekolah dan pusat penjagaan orang-orang tua bermula minggu depan ketika ia menempuh gelombang jangkitan yang dipacu oleh varian Omicron.

    Pegawai kesihatan hari ini melaporkan lonjakan kes harian tertinggi dalam jangkitan koronavirus dengan 90,443 kes baharu, memecahkan rekod kelmarin dengan lebih 33,000 kes.

    Jumlah itu mewakili lebih 20 kali ganda dari paras yang disaksikan pada pertengahan Januari – apabila Omicron muncul sebagai strain dominan negara itu, dan beberapa pakar berkata negara itu akan menyaksikan kes harian sekitar 200,000 pada Mac.

    Sementara pakar mengatakan Omicron tidak menyebabkan kesakitan serius atau kematian berbanding varian Delta, yang menggegarkan negara itu pada Disember dan awal Januari, kemasukan ke hospital hampir lumpuh akibat skala besar penularan.

    Perdana Menteri Kim Boo-kyun berkata para pegawai akan mula mengagihkan kit ujian pantas di kindergarten, sekolah rendah dan kemudahan warga emas, termasuk rumah jagaan dan pusat kebajikan kejiranan, untuk memperkukuhkan perlindungan bagi kanak-kanak yang belum divaksinasi dan kumpulan berisiko tinggi.

    Kemunculan Omicron yang pantas menular telah menyebabkan para pegawai berdebat sama ada negara perlu mengekalkan peraturan penjarakan sosial ketat, termasuk mengehadkan enam orang dalam perhimpunan sosial dan perintah berkurung jam 9 malam bagi restoran-restoran.

    Setakat ini, lebih 86 peratus penduduk Korea Selatan menerima vaksin lengkap manakala 58 peratus lagi menerima suntikan penggalak. Para pegawai kesihatan merancang untuk menawarkan suntikan keempat di rumah jagaan bermula bulan ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...