Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korea S lapor kes harian COVID cecah 600,000

    SEOUL, 17 MAC – Korea Selatan melaporkan jumlah rekod lebih 600,000 kes koronavirus hari ini, dengan pihak berkuasa mengatakan negara itu menghampiri kemuncak gelombang jangkitan dimarakkan oleh Omicron.

    Menurut data WHO, Korea Selatan mendahului dunia dalam kes baharu itu dalam tempoh tujuh hari lalu dengan 2,417,174 jangkitan, disusuli dengan Vietnam sebanyak 1,776,045.

    Jumlah keseluruhan 621,328 direkod hari ini merupakan angka harian tertinggi di Korea Selatan sejak pandemik bermula.

    Namun kes kritikal dan kematian kekal rendah di negara yang mempunyai sekitar 52 juta penduduk di mana majoriti orang dewasa menerima vaksin lengkap dan suntikan penggalak, menurut data rasmi.

    “Kami sudah bersedia bagi pertambahan dalam jumlah pesakit sejak Omicron bertambah dominan,” kata Lee Sang-won, pegawai kanan di Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) hari ini.

    Bagaimanapun kerajaan tidak menjangkakan jangkitan sebanyak itu, katanya.

    Pihak berkuasa percaya Korea Selatan menghampiri kemuncak gelombang dipacu Omicron, namun Lee berkata mereka mengira semula ‘skala kes disahkan atau berapa lama ‘tempoh kemuncak’ akan berterusan.

    Sebaik ia berakhir, para pegawai percaya negara itu akan dapat kembali semula seperti biasa.

    Bulan ini, Seoul juga akan mula memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...