Sunday, April 28, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Indonesia rancang eksport jagung

    JAKARTA, 12 JAN – Indonesia merancang untuk mengeksport jagung ke Malaysia, Filipina dan Vietnam tahun ini, kata Ketua Badan Makanan Nasional, Arief Prasetyo Adi.

    Beliau berkata Indonesia menjangka akan mengeksport 200,000 tan jagung ke pasaran Asia Tenggara pada suku pertama tahun ini, menurut agensi berita Vietnam (VNA). Sebelum ini, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto dilaporkan berkata Presiden Indonesia, Joko Widodo mahu produktiviti jagung dipertingkatkan dengan membuka ladang baharu dan menanam benih yang berkualiti.

    Airlangga berkata arahan itu berdasarkan pertimbangan potensi tanaman jagung. Tahun lepas, pengeluaran jagung Indonesia mencecah 34.4 juta tan.

    Kerajaan juga bercadang melaksanakan langkah-langkah meningkatkan kecekapan aktiviti rantaian bekalan jagung bermula daripada penuaian, proses selepas tuaian, penyimpanan dan pengangkutan serta pengedaran melalui pelaksanaan inovasi dan teknologi pertanian. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...