Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kumpulan gajah masuki penempatan penduduk di Tawau

    TAWAU, 9 DIS – Sekumpulan 20 hingga 30 ekor gajah yang memasuki penempatan penduduk di Luasong di sini semalam dan videonya tular di media sosial tidak bertindak ganas, kata Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau Primus Lambut.

    Beliau berkata tiada penduduk cedera dalam kejadian berhampiran sempadan Hutan Simpan Luasong itu, bagaimanapun sebuah motosikal dan sebuah kereta dirosakkan kumpulan gajah tersebut.

    Katanya pihak JHL Tawau menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 9 pagi dan mengerahkan anggotanya ke kawasan berkenaan untuk melakukan pemantauan serta pengusiran haiwan liar itu.

    “Kumpulan gajah itu tidak bertindak ganas, cuma seekor daripadanya yang dipercayai ketua kawanan haiwan itu kelihatan memijak motosikal yang jatuh seperti yang kita lihat dalam satu rakaman video tular,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...