Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lakonan Fattah tidak lagi kayu

    Di awal kemunculan Fattah Amin sebagai pelakon, lakonannya sering mendapat kritikan sehingga ada mengelarnya sebagai ‘pelakon kayu’ dan hanya bersandarkan kepada rupa paras yang kacak untuk kekal dalam industri.

    Namun kemunculan Fattah dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan sebaliknya apabila lakonannya mendapat pujian ramai sehingga namanya trending di laman Twitter.

    Ramai kalangan peminat dan penonton filem itu kagum dengan persembahannya membawakan watak Awang dalam filem arahan Syamsul Yusof itu sekali gus membuktikan Fattah bukan lagi ‘pelakon kayu’ seperti diperkatakan sebelum ini.

    Menyingkap beberapa perkongsian di media sosial, warganet menyifatkan lakonan Fattah sudah banyak menunjukkan perkembangan malah ia antara watak cukup meninggalkan kesan dalam filem tersebut.

    Ramai menyifatkan lakonannya itu berbeza berbanding watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

    Barisan pelakon Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan. Fattah mendapat kepercayaan Syamsul untuk membawakan watak Awang. – Agensi

    “Seorang lelaki dari ‘pelakon kayu’ sekarang menjadi Hawkeye Tanah Melayu. Kena terima Fattah sudah tidak kayu. Gerakannya memang tepat.

    “Fattah Amin membuktikan manusia berubah. Selain Beto, Fattah Amin sangat bagus dalam Mat Kilau. Dia curahkan segalanya dalam filem ini,” komen warganet.

    Dalam filem tersebut, Fattah memegang watak Awang, rakan seperjuangan Mat Kilau lakonan Datuk Adi Putra dan ia digambarkan sebagai seorang yang hebat memanah.

    Ketika bercakap tentang wataknya sebelum ini, Fattah sendiri mengakui puas dengan peranan yang diberikan.

    “Watak yang saya bawakan dalam filem Mat Kilau antara yang kuat saya pernah bawakan. Penonton akan tahu mengapa saya katakan begitu selepas mereka menontonnya nanti.

    “Rasanya segala penat lelah sepanjang berada di lokasi sangat berbaloi. Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan,” ujarnya.

    Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun lalu dan berjaya mencapai kutipan box office sebanyak RM2.8 juta selepas dua hari ditayangkan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...