Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Larian obor Sukan SEA 2023 bermula

    SIEM REAP, KEMBOJA, 21 MAC – Larian obor Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 di Kemboja bermula pada hari ini, berbaki 45 hari lagi untuk temasya sukan serantau dwitahunan itu bermula.

    Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni yang diiringi Perdana Menteri, Samdech Techo Hun Sen, berkenan untuk berangkat pada upacara menyalakan obor di kuil Angkor Wat di wilayah Siem Reap.

    Obor itu kemudiannya dibawa mengelilingi Angkor Wat dan akan meninggalkan Kemboja pada esok untuk ke negara Asia Tenggara lain, antaranya termasuklah Vietnam, Filipina, Brunei, Indonesia, Timor-Leste, Malaysia, Singapura, Thailand, Myanmar dan Laos, lapor Xinhua.

    Obor akan kembali ke Kemboja pada 27 April.

    Berucap pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Tea Banh yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC), berkata Sukan SEA itu akan menjadi acara bersejarah buat negara itu yang telah menunggunya selama 64 tahun.

    Kemboja akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-32 dari 5 hingga 17 Mei. Stadium Nasional Morodok Techo di pinggir utara ibu negara akan menjadi venue utama untuk upacara pembukaan dan penutupan rasmi serta kejohanan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...