Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lawatan dalami perubatan Islam

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Darusysyifa Warrafahah kelmarin telah menerima kunjungan seramai 39 orang pelawat daripada Takmir Masjid RPN Kampung Rataie, Temburong yang diketuai oleh imam masjid berkenaan, Haji Mohd Yusof bin Haji Ahad.

    Ketibaan rombongan disambut oleh ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Darusysyifa Warrafahah.

    Yang Di-Pertua II Darusysyifa Warrafahah, Haji Abdul Ghafar bin Pengarah Mukim Haji Naim dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan bahawa pihaknya amat berbesar hati atas kunjungan rombongan tersebut yang semata-mata untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung perubatan Islam.

    Majlis juga telah disaksikan oleh Ketua Kursus Latihan Tibbiah, Timbalan Yang Di-Pertua III, Haji Abdul Rajak bin Deli, Ketua Bahagian Rawatan, Haji Azmain bin Haji Ahmad dan Bendahari dan Pengurus Rumah Darusysyifa Warrafahah, Haji Mohd Hussin bin Awang Yusof.

    Pemangku Ketua Kampung RPN Rataie, Haji Moslem bin Haji Salleh merangkap Timbalan Pengurus Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Temburong dalam ucapan balasnya selaku wakil rombongan berkata, selain mengeratkan silaturahim, mereka juga berkongsi pengalaman tentang perubatan Islam melalui lawatan tersebut.

    Beliau juga menjelaskan bahawa mereka menyokong dan memartabatkan rawatan Islam di negara ini selaku sebuah negara Melayu Islam Beraja.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan pertukaran cenderamata kenang-kenangan.

    Di samping itu, rombongan juga berpeluang mendapatkan rawatan.

    Antara yang hadir semasa kunjungan tersebut. – Gambar serahan Darusysyifa Warrafahah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...