Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lebih 14 peratus penduduk dunia hidap penyakit Lyme

    PARIS, 14 JUN – Lebih daripada 14 peratus penduduk dunia dilaporkan telah menghidap penyakit Lyme iaitu penyakit bawaan kutu yang paling lazim, menurut tinjauan utama penyelidikan tersedia yang diterbitkan kelmarin.

    Menurut dapatan kajian dalam jurnal BMJ Global Health, Eropah Tengah mempunyai kadar jangkitan tertinggi dengan 20 peratus, manakala lelaki berusia lebih 50 tahun yang tinggal di kawasan luar bandar dilaporkan mempunyai risiko paling tinggi.

    Keadaan apabila dijangkiti dikatakan jarang membawa maut, tetapi orang yang digigit kutu yang dijangkiti sering mendapat ruam dan mengalami gejala seperti selesema termasuk sakit otot dan sendi, sakit kepala, loya serta muntah.

    Sementara itu, para penyelidik telah mengumpulkan data daripada 89 kajian untuk mengetahui kelaziman penyakit Lyme yang terdapat di seluruh dunia.

    Bakteria yang dinamakan Borrelia burgdorferi (Bb) adalah sejenis bakteria yang menyebabkan penyakit itu menular. Ia turut ditemui dalam saluran darah sebanyak 14.5 peratus daripada hampir 160,000 jumlah peserta.

    Manakala itu, kawasan yang mempunyai kadar antibodi tertinggi selepas Eropah Tengah ialah Asia Timur dengan 15.9 peratus, Eropah Barat dengan 13.5 peratus dan Eropah Timur dengan 10.4 peratus.

    Sementara Caribbean pula mempunyai kadar terendah, dengan hanya dua peratus. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa kelaziman penyakit bawaan kutu meningkat dua kali ganda dalam tempoh 12 tahun yang lalu.

    Menurut dapatan kajian, di antara sebab peningkatan tersebut termasuk musim panas yang lebih lama dan kering akibat perubahan iklim, penghijrahan haiwan, kehilangan habitat dan ‘semakin kerap menyentuh haiwan peliharaan’. – AFP

    Gambar menunjukkan kutu di dalam kapsul yang menjadi punca kepada bawaan penyakit Lyme. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...