Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penalti Modric bantu raih kemenangan

    PARIS, 14 JUN – Gol penalti awal perlawanan oleh Luka Modric memberikan Croatia kemenangan 1-0 ke atas Perancis di Paris kelmarin, ketika pasukan tersebut menamatkan kempen mereka dalam Liga Negara-Negara UEFA tanpa meraih satu kemenangan dalam empat perlawanan.

    Modric menjaringkan gol penaltinya selepas hanya lima minit sepak mula di Stade de France, dan pasukan tuan rumah tidak berjaya menyamakan kedudukan walaupun Kylian Mbappe kembali bergandingan dengan Karim Benzema dalam kesebelasan utama.

    Perancis memenangi Liga Negara-Negara pada tahun lalu tetapi mereka hanya mampu meraih dua mata daripada empat perlawanan mereka bulan ini, dengan pasukan pelawat tewas menentang Denmark.

    Akibat daripada perlawanan itu, pasukan Les Bleus berada di tangga tercorot dalam Kumpulan 1A, tujuh mata di belakang pendahulu, Denmark yang berjaya menewaskan Austria 2-0 di Copenhagen kelmarin dengan jaringan gol pada separuh masa pertama oleh Jonas Wind dan Andreas Skov Olsen.

    Pasukan Perancis mungkin perlukan kemenangan dari dua perlawanan terakhir pada September untuk mengelak daripada tersingkir, menjadikan perlawanan itu nanti akan menjadi satu-satunya peluang yang tinggal untuk mempertahankan Piala Dunia menentang Australia di Qatar nanti.

    Sementara itu, penyokong pasukan tuan rumah dengan keramaian melebihi 77 ribu orang terkejut apabila pengadil memberikan pasukan pelawat sepakan penalti setelah Ibrahima Konate didapati melakukan kekasaran terhadap Josip Brekalo.

    Modric, pemain yang membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara bulan lalu, tidak melakukan kesilapan untuk melakukan jaringan menewaskan penjaga gol Mike Maignan.

    Peluang yang hampir memberikan Perancis menyamakan kedudukan hadir pada separuh masa pertama ketika Christopher Nkunku merembat bola dari jarak jauh ke gawang tetapi percubaannya tersasar.

    Sementara itu, pemain bintang Perancis, Mbappe pula baru pulih daripada kecederaan selepas perlawanan menentang Denmark dan terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan di Croatia. – AFP

    Aksi Luka Modric mengawal bola semasa perlawanan Kumpulan 1A antara Perancis dan Croatia yang berlangsung di Stadium Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...