Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lebih 6,000 kanak-kanak terima dos lengkap

    KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Sejumlah 6,129 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun telah pun lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

    Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,346,625 kanak-kanak atau 38 peratus daripada populasi kanak-kanak, telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Sementara, sejumlah 15,844,706 individu atau 67.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak, 22,954,459 individu or 97.6 peratus daripada populasi dewasa telahpun lengkap vaksinasi mereka, manakala 23,230,239 or 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Bagi remaja berusia antara 12 ke 17 tahun, sejumlah 2,853,182 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap divaksinasi, manakala 2,949,478 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Sebanyak 25,702 dos vaksin telah diberikan semalam, melibatkan 8,752 suntikan pertama, 5,292 suntikan kedua dan 11,658 suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,972,658 dos.

    Sementara itu, jumlah kes baharu COVID-19 Malaysia mencatat angka bawah 15,000 apabila sebanyak 14,692 kes dilaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes dijangkiti wabak itu 4,234,087 kes.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes harian itu, 8,557 kes atau 58.24 peratus adalah kategori satu manakala 6,056 kes atau 41.22 peratus merupakan kategori dua.

    “Sementara kategori tiga sebanyak 27 kes, kategori empat (19 kes) dan kategori lima (33 kes),” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan COVID-19 hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...