Monday, April 29, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lee Areum masuk hospital selepas cuba bunuh diri

    Bekas anggota kumpulan T-ara iaitu Lee Areum kini dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital selepas melakukan percubaan membunuh diri.

    Areum ditemukan tidak sedar diri pada awal pagi Rabu sebelum dibawa ke hospital bagi rawatan susulan.

    Tindakan itu dipercayai akibat tekanan yang dihadapi kerana pernah menjadi mangsa penderaan suaminya, Kim Young Gul.

    Sehari sebelum kejadian, Areum berkongsi kisah sedih penderitaan yang dilalui sebelum mereka berpisah pada Disember tahun lalu.

    Menurut Areum, dia pernah dibelasah teruk oleh suaminya itu pada November 2021 di hadapan anak mereka sendiri.

    Areum dipercayai tertekan akibat menjadi mangsa dera. – mStar

    Penyanyi ini turut berkongsi gambar dirinya memakai baju koyak selepas dia keluar melarikan diri ke rumah ibunya.

    Dalam hantaran yang dimuat naik, dia juga berkongsi sikap curang suaminya yang melanggan pelacur ketika anak mereka sedang sakit.

    Areum turut menyesal kerana sebelum ini pernah berlembut hati dan memaafkan Young Gul kerana percaya rumah tangga mereka mampu diselamatkan.

    “Apabila dia meminta maaf, hati saya jadi lembut. Saya tidak pergi ke hospital sebagai bukti penderaan.

    “Disebabkan itu saya tidak boleh saman atas keganasan yang dilakukan. Saya sangat menyesal,” jelasnya.

    Untuk rekod, Areum dan Young Gul berkahwin pada 2019 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata.

    Pasangan ini dikatakan masih belum menyelesaikan isu perceraian mereka selepas Areum membuat tuntutan sebelum ini. – Agensi

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...