Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Kane kembali jalani latihan pasukan

    BERLIN, 28 MAC – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane kembali menjalani latihan pasukan kelmarin, manakala kapten, Manuel Neuer masih diragui menjelang pertembungan menentang Borussia Dortmund di tempat sendiri pada Sabtu ini.

    Bayern mengeluarkan kenyataan mengatakan Kane ‘dapat sertai latihan pasukan semula’, setelah kembali dari latihan individu pada Isnin lepas.

    Kane tercedera buku lalinya selepas terlanggar tiang gol ketika Bayern menang 5-2 ke atas Darmstadt.

    Penyerang berusia 30 tahun itu mempunyai sejarah masalah buku lali tetapi kali terakhir dia terlepas perlawanan disebabkan kecederaan itu adalah pada April 2021 bersama kelab lamanya, Tottenham.

    Kali ini, kapten England itu terlepas perlawanan persahabatan England menentang Brazil dan Belgium akibat kecederaan itu.

    Sementara itu, Neuer, yang baru berusia 38 tahun kelmarin, mengalami kecederaan otot semasa bermain untuk Jerman dan terlepas kedua-dua perlawanan persahabatan negaranya.

    Bayern berkata Neuer ‘selesai sesi latihan individu’ kelmarin.

    Bayern kini berada 10 mata di belakang Bayer Leverkusen yang belum pernah kalah dalam liga dengan lapan perlawanan berbaki musim ini. – AFP

    Aksi Harry Kane meraikan jaringan semasa Bayern Munich menentang SV Darmstadt 98 di Darmstadt, Jerman, pada 16 Mac lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...