Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lee Seung Gi tidak pernah terima bayaran

    Salah satu media Korea Selatan, Dispatch mendedahkan pelakon dan penyanyi popular, Lee Seung Gi tidak pernah menerima bayaran walaupun satu sen daripada agensinya, Hook Entertainment selama 18 tahun berhempas pulas demi menaikkan kerjayanya sebagai penyanyi.

    Sejak tahun 2004, penyanyi itu telah mengeluarkan 137 lagu dan 27 album.

    Segala-galanya terbongkar baru-baru ini apabila pelakon drama My Girlfriend Is Gumiho itu secara rasmi meminta laporan pendapatannya daripada syarikat berkenaan.

    Debut pada 2004 dengan album pertamanya, The Dream of a Moth, Seung Gi dikatakan turut menjadi mangsa manipulasi agensi.

    Pihak Hook Entertainment telah mengatakan semua album beliau tidak mendapat sambutan peminat dan keuntungan yang tidak seberapa itu diambil semula oleh pihak syarikat sebagai ‘yuran’ agar beliau tidak perlu membuat sebarang bayaran.

    Menurut Dispatch, agensi berkenaan telah memadam dan memusnahkan beberapa dokumen yang menjadi bukti pendapatan Seung Gi pada peringkat awal pembabitannya dalam bidang muzik menyebabkan proses mengesahkan jumlah pendapatan menjadi sukar.

    Rekod kewangan bagi tempoh Jun 2004 hingga Ogos 2009 penyanyi berusia 35 tahun itu didapati hilang. Ia juga membabitkan pendapatan dan perbelanjaan untuk lagu hit beliau, Delete.

    Dianggarkan album pertama, kedua dan ketiga Seung Gi yang dikeluarkan pada 2004 hingga 2007 telah terjual sekurang-kurangnya 100,000 salinan. Malangnya Lee Seung Gi tidak menerima royalti bagi lagu hit Because You Are My woman, Return, Delete hinggalah The Hard Words.

    Media berkenaan juga menemui penyata untuk setiap saluran pengedaran muzik dan mendapati penyanyi itu berjaya memperoleh 9.6 bilion won (AS$7.2 juta) bagi tempoh Oktober 2009 hingga September 2022. – Agensi

    Seung Gi dikatakan turut menjadi mangsa manipulasi agensi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...