Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan cuba masuk sangkar harimau

    BOSTON, 22 FEB – Seorang lelaki warga Worcester ditahan kelmarin kerana cuba memasuki kandang harimau selepas menceroboh Zoo Franklin Park di Boston.

    Polis Negeri Massachusetts berkata, ketika disoal siasat, lelaki itu hanya berkata dia sangat meminati harimau.Matthew Abraham, 24, didakwa memanjat pintu masuk ke zoo sekitar jam 9 pagi, memanjat beberapa pagar dan tidak mengendahkan tanda amaran tetapi dia tidak dapat masuk ke kandang harimau, kata penyiasat.

    Zoo New England, yang mengendalikan zoo Boston seluas 72 ekar, dalam satu kenyataan berkata lelaki berkenaan berada di kawasan belakang pameran harimau yang sepatutnya bukan untuk dipamerkan kepada orang ramai. Apabila dihampiri kakitangan, dia melarikan diri tetapi segera dikesan oleh pegawai keselamatan. Dia telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan menceroboh dan berkelakuan tidak senonoh. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...