Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Lelaki menyamar sebagai Dj Dave, pinjam wang

    Penyanyi veteran, Datuk DJ Dave, 75, membuat laporan polis selepas mendapati seorang lelaki menggunakan gambarnya sebagai profil dalam aplikasi WhatsApp bagi tujuan meminjam wang.

    DJ Dave memaklumkan sudah menerima lebih 100 panggilan telefon daripada kenalan yang dikatakan hampir terkena dengan sindiket penipuan terbabit.

    “Ingin saya maklumkan ada seorang lelaki yang menyamar sebagai saya, menggunakan gambar profil WhatsApp, kononnya untuk meminjam wang dari awda. Harap berhati-hati.

    “Saya sudah membuat laporan polis berkenaan isu ini dan mengharapkan kes seperti ini tidak berulang atau berlaku kepada orang lain,” katanya.

    Beliau yang juga pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mengakui terkejut dan dengan tidak menyangka perkara sebegitu terjadi pada dirinya.

    “Sebelum ini, saya ada mendengar daripada rakan-rakan mengenai ‘scammer’ ini, tetapi tidak sangka terjadi pada saya.

    “Saya terkejut kerana gambar yang digunakan sememangnya gambar profil saya. Jadi, saya terus tukar kepada gambar lain,” katanya.

    Dalam pada itu, DJ Dave menasihati kenalan untuk terus menghubunginya sekiranya masih ada yang menerima mesej sedemikian.

    “Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak terbabit dan sekiranya masih ada yang menerima hantaran WhatsApp, sila hubungi saya atau pengurus dengan segera,” katanya. – Agensi

    DJ Dave terima lebih 100 panggilan kenalan yang hampir tertipu dengan lelaki yang menyamar dirinnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...