Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua

Pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Memetik laporan Detik Hot, terbaharu Lesti dikatakan sedang hamil anak kedua selepas pasangan itu mengambil keputusan kembali berbaik dan melupakan kekecohan dalam perkahwinan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan.

Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya. Dalam pada itu, Sandy juga menegaskan bahawa masalah di antara Lesti dan juga suaminya, Rizky telah selesai. – Agensi

Lesti Kejora sedang hamil anak kedua. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -