Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lee Ji Han antara mangsa korban tragedi Itaewon

    Pelakon dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilaporkan meninggal dunia sewaktu tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada Sabtu lalu.

    Agensi pelakon berkenaan, 935 Entertainment mengesahkan kematian aktor itu dalam insiden berkenaan seperti dilaporkan Soompi.

    “Kami juga berharap perkata ini tidak benar dan kami sangat terkejut mendengar khabar itu. Keluarga mendiang sedang dalam kesedihan. Semoga mendiang berehat dengan tenang,” katanya.

    Dalam pada itu, berita kematian aktor berkenaan diketahui umum selepas beberapa rakan selebriti termasuk Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial masing-ma-sing. “Ji Han telah meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa.

    “Kami meminta anda untuk mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya,” tulis mereka.

    Sementara itu, upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji pada Isnin, manakala majlis pengebumian akan berlangsung pada 1 November.

    Untuk rekod, seramai 154 orang maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyambut perayaan Halloween di Itaewon. – Agensi

    Lee Ji Han dilaporkan meninggal dunia dalam tragedi Halloween. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...