Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Lewandowski nekad tinggalkan Bayern Munich

    BERLIN, 15 MEI – Robert Lewandowski mengesahkan kelmarin bahawa dia mahu meninggalkan Bayern Munich pada musim panas ini dan Barcelona bersedia untuk menawarkan penyerang bintang berusia 33 tahun itu kontrak selama tiga tahun.

    Lewandowski menjaringkan gol liga ke-35 pada kempen ini dalam keputusan seri 2-2 di Wolfsburg pada hujung minggu terakhir musim Bundesliga, kemudian membuat kejutan dengan pengumuman beliau.

    Lewandowski mengesahkan kepada Sky bahawa dia telah memberitahu pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic yang dirinya tidak akan melanjutkan kontrak, yang akan tamat pada 2023.

    Pemenang anugerah pemain lelaki terbaik FIFA berturut-turut itu telah memenangi setiap gelaran yang ada sejak menyertai Bayern pada 2014, termasuk lapan trofi Bundesliga dengan jumlah keseluruhan sepuluh trofi setelah memenangi dua trofi dengan bekas kelab Dortmund. Dia juga menjadi perhatian ramai pada Liga Juara-Juara pada 2020.

    Semasa perlawanan semalam, Lewandowski berjaya menjaringkan gol melalui tandukan selepas menyambut hantaran Thomas Mueller. Sebelum itu Josip Stanisic telah meletakkan Bayern di hadapan.

    Wolfsburg cuba bangkit apabila penyerang Denmark Jonas Wind menjaringkan gol, kemudian penyerang veteran Max Kruse menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah. – AFP

    Reaksi Robert Lewandowski bersama trofi Penjaring Terbanyak selepas perlawanan divisyen pertama Bundesliga kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...