Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lisa Marie Presley sudah tiada

    Anak tunggal penyanyi rock legenda Elvis Presley iaitu Lisa Marie Presley, 55, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, hari ini.

    Berita sedih itu dikongsikan ibunya, Priscilla Presley yang masih terkejut dengan pemergian anak tercintanya itu.

    Menurut sumber, Lisa yang juga penyanyi popular dikejarkan ke hospital selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Calabasas, California awal pagi tadi.

    “Dengan berat hati saya ingin berkongsi berita yang mendukacitakan anak perempuan saya Lisa Marie telah meninggalkan kami, “ katanya.

    “Anak saya adalah wanita yang paling bersemangat, kuat dan penyayang pernah saya kenali. Justeru kami meminta ruang dan privasi untuk menerima berita kehilangan yang mendalam ini,” tambahnya.

    Priscilla, bagaimanapun tidak men-dedahkan butiran lanjut mengenai punca kematian anaknya.

    Terdahulu, Lisa mengikut jejak langkah bapanya dan berjaya menempa nama dalam bidang muzik.

    Lisa pernah mengeluarkan tiga album serta satu album studio pada 2003 yang mencatat ratusan ribu cetakan.

    Bintang yang terkenal menerusi lagu Lights Out itu turut terkenal dengan sejarah perkahwinan dengan lelaki berprofil tinggi seperti bintang legenda pop Michael Jackson, pelakon Nicholas Cage dan pemuzik Danny Keough dan Michael Lockwood.

    Hasil perkahwinan itu, Lisa mempunyai empat cahaya mata. – Agensi

    Lisa Marie Presley dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...