Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Mahkamah Rayuan semak semula hukuman pesalah dadah

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Mahkamah Rayuan pada 24 November lalu telah menyemak semula hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Perantaraan terhadap seorang pesalah pecah rumah dan dadah, melihat bahawa keputusan dua mahkamah bertindih.

    Zool Amali bin Mahari dijatuhkan hukuman penjara lima tahun serta dua kali sebatan pada 7 Julai 2020, bagi dua dakwaan pecah rumah. Pada Ogos 2020, perayu dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana mengambil dadah.

    Urutan menjatuhkan hukuman dalam kesalahan dadah kepada pecah rumah membawa kepada hukuman keseluruhan enam tahun penjara dengan dua kali sebatan.

    Dengan perkara lain yang dipertimbangkan dalam pelbagai keadaan yang ada bagi kedua-dua kes berkenaan, Mahkamah Rayuan mengubah hukuman untuk mencapai ‘satu tahap keadilan’, menyimpulkannya dengan perintah bagi Zool Amali menjalani hukuman penjara empat tahun dan dua kali sebatan.

    Pendakwa-pendakwa Khalillah Hussin dan Syazwani Jumat membantu mahkamah dalam respons terhadap perayu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...