Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mahkamah tangguh tarikh hukuman perompak bertukul

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Mahkamah Perantaraan kelmarin menangguhkan bagi menjatuhkan hukuman terhadap seorang warga tempatan yang merompak sebuah kedai serbaneka bersenjatakan tukul di Jalan Pasir Berakas pada 9 Januari lalu.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menetapkan 6 Februari depan untuk memberikan keputusannya dalam kes terhadap Muhammad Zulqarnain bin Ajis, 27, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan sebelum ini dan memohon kelonggaran mahkamah untuk menjatuhkan hukuman, dengan alasan keluarga, tidak menerima bonus yang dijanjikan oleh majikannya dan dia terdesak untuk membayar pinjaman kereta tertunggak ibu mertuanya.

    kim mendapati tindakan defendan melakukan rompakan bersenjata yang telah menyebabkan mangsa dalam ketakutan, adalah sesuatu yang memburukkan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi menunjukkan kepada hakim rakaman CCTV semasa defendan melakukan tindakan dan satu lagi yang rakaman defendan memasukkan wang ke dalam mesin CDM bank untuk membayar pinjaman kereta.

    Pihak pendakwaan seterusnya mendedahkan defendan memakai pelitup muka dan
    topi ketika pergi ke kedai itu pada pukul 1:40 tengah hari 9 Januari.

    Dia membawa bersama tukul, mengacukannya ke arah pekedai berusia 19 tahun
    sambil menuntut $100.

    Mangsa menyerahkan wang tunai $100 kepada defendan dari mesin tunai yang kemudian dengan secara paksa mengambil beg berisi lebih banyak wang tunai daripada mangsa.

    Defendan kemudian berlari keluar ke keretanya lalu melarikan diri dari tempat kejadian.

    Defendan kemudian memandu ke mesin CDM bank di Muara dan memasukkan wang untuk membayar pinjaman kereta pada pukul 2 petang.

    Sebelum defendan menghilangkan diri sebelum ini, mangsa sempat mengejar dan mengambil butiran kereta defendan.

    Ini membantu polis dalam siasatan yang membawa kepada penahanan defendan pada malam yang sama.

    Didedahkan lagi bahawa defendan melarikan sejumlah $240 daripada rompakan bersenjata itu.

    Defendan berdepan hukuman penjara minimum tujuh tahun dengan 12 kali sebatan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...