Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Majlis perkahwinan bertukar tragedi

    MADRID, 6 NOV – Empat maut dan empat lagi cedera parah awal hari ini selepas sebuah kereta merempuh pada para jemputan majlis perkahwinan di Sepanyol berikutan satu pertengkaran.

    Pegawai polis telah menahan tiga suspek dan mencari orang keempat berhubung insiden itu, beritahu jurucakap polis negara kepada AFP.

    Perkelahian meletus pada awal pagi di depan sebuah restoran yang menganjur majlis perkahwinan di Torrejon de Ardoz, kira-kira 25 kilometer dari timur laut Madrid.

    Selepas pergaduhan, sebuah kereta merempuh tetamu majlis dan seterusnya memecut meninggalkan tempat kejadian.

    “Apabila kami tiba di lokasi kejadian, kami menemui empat orang maut akibat kecederaan tulang retak,” kata Carlos Polo, ketua perkhidmatan kecemasan Madrid.

    Empat mangsa lain yang cedera telah dipindah ke hospital untuk rawatan lanjut.

    Kenderaan yang disyaki melancarkan serangan itu ditemui kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian dan tiga orang ditahan.

    Media tempatan mengenal pasti ketiga-tiga mereka sebagai bapa dan dua anaknya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...