Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Majlis santap serikan istiadat perkahwinan diraja

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja bagi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi di Istana Nurul Iman, malam ini.

    Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

    Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Hadir sama ialah Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz serta ayahanda dan bonda pengantin diraja lelaki, Awang Nabil Mahmoud Abdulkadir Al-Hashimi serta isteri, Dayang Hana Mohamed Yonis.

    Turut berangkat dan hadir ke majlis itu ialah yang amat mulia pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli majlis-majlis mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri hulubalang, manteri-manteri pendalaman, duta-duta besar, pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi, ahli-ahli majlis mesyuarat negara, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

    Terdahulu sejurus sebelum Majlis Persantapan Diraja bermula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima kunjungan muhibah dan mengadap para tetamu khas di ruang lain, Istana Nurul Iman.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis Persantapan Diraja turut diserikan dengan persembahan muzik kebudayaan.

    Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta mempelai diraja berkenan beramah mesra bersama-sama dengan para tetamu khas Baginda.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama mempelai diraja, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi, semasa Majlis Santap Diraja di Istana Nurul Iman, semalam. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja kelmarin. Turut berangkat DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama mempelai diraja dan bonda pengantin diraja perempuan, Datin Paduka Seri Hajah Mariam serta ayahanda pengantin diraja lelaki, Awang Nabil Mahmoud Abdulkadir Al-Hashimi dan isteri.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja kelmarin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah dan Tunku Idris turut berangkat ke majlis tersebut.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati berangkat menghadiri Majlis Persantapan Diraja berkenaan.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi berkenan berangkat ke majlis tersebut.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi berkenan berangkat ke Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Datin Paduka Seri Hajah Mariam.
    ATAS: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Awang Nabil Mahmoud Abdulkadir Al-Hashimi dan isteri.
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berserta kerabat diraja berangkat ke majlis berkenaan.
    ATAS & BAWAH: YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min, YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah, YAM Pengiran Muda Omar Ali, YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah, YAM Tengku Amalin A’Ishah Puteri binti Sultan Ismail Petra dan YAM Pengiran Anak Dr Mansurah Izzul Bolkiah semasa menghadiri Majlis Persantapan Diraja.

    Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan bagi memberkati Majlis Persantapan Diraja di Istana Nurul Iman.
    Ayahanda dan bonda pengantin diraja lelaki, Awang Nabil Mahmoud Abdulkadir Al-Hashimi serta isteri, Dayang Hana Mohamed Yonis.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...