Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Malaysia sasar 1,000 hektar projek tanaman semula koko menjelang 2023

    KUCHING, 22 SEPT – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyasarkan projek penanaman semula koko di Malaysia mencapai 1,000 hektar menjelang 2023 bagi meningkatkan pengeluaran koko negara.

    Timbalan Menteri Datuk Willie Mongin berkata sejak projek itu bermula, sejumlah 700 hektar telah ditanam dengan koko melibatkan 150 hektar di Sarawak, 350 hektar di Sabah dan selebihnya 200 hektar di Semenanjung Malaysia.

    “Sekiranya projek penanaman semula ini berjaya, semestinya prospek untuk penanaman koko di masa akan datang akan menjadi lebih baik.

    “Dengan kemajuan yang dilakukan oleh Lembaga Koko Malaysia, banyak teknologi dan juga ubat-ubatan untuk membantu petani kita membasmi serta menghalang penyakit berlaku,

    sekarang dengan cara penanaman dan penyelenggaran koko yang baik sudah semestinya mendapat pulangan yang tinggi,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas menutup Kursus Latihan Super Koko (PSK) Sarawak di sini hari ini. – Bernama

    Datuk Willie Mongin (tiga, kiri) melihat dari dekat produk coklat keluaran tempatan yang ber-kualiti tinggi pada majlis Perasmian Penutup Kursus Pelatih Super Koko (PSP) Sarawak kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...