Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Malaysia, Singapura bincang usaha bolehkan pengaliran data

    PUTRAJAYA, 13 JAN – Perbincangan antara Malaysia dan Singapura pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Kelima berhubung Kerjasama Maklumat dan Komunikasi hari ini, berkisar kepada isu-isu yang berkaitan membolehkan pergerakan aliran data yang boleh dipercayai antara kedua-dua negara.

    Turut dibincangkan dalam JCM yang dihoskan oleh Singapura itu ialah isu-isu yang berkaitan dengan usaha membaiki hubungan ekosistem teknologi dan inovasi masing-masing negara bagi menyokong perniagaan dan permulaan perniagaan.

    Mesyuarat secara maya itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM) Malaysia Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura Yong Ying-I.

    “Kedua-dua pihak komited untuk melaksanakan projek-projek bagi menunjukkan manfaat kerjasama dalam domain digital yang berkembang pesat ini, bagi menyokong pemulihan ekonomi masing-masing,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena JCM hari ini.

    Kenyataan bersama itu berkata JCM turut berbincang bagaimana hasil pengeluaran, pengedaran dan penggunaan media diganggu oleh teknologi dan platform dalam talian, termasuk jumlah maklumat yang semakin meningkat dan penyebaran maklumat palsu yang berleluasa dengan pantas.

    Pada mesyuarat itu Mohammad dan Yong berbincang mengenai usaha transformasi digital di negara masing-masing, di samping meneroka bidang yang kerjasama digital dua hala yang dapat meningkatkan pemulihan pascapandemik.

    Mohammad menekankan bahawa Malaysia terus menerima teknologi digital dan membangunkan teknologi serta model perniagaan yang unik untuk membantu negara dalam mewujudkan enjin pembangunan baharu.

    Beliau berkata dengan pertumbuhan ekonomi digital, Revolusi Perindustrian Keempat, dan teknologi yang sentiasa berkembang, Malaysia berhasrat untuk meneroka potensi kerjasama dalam sektor ini pada masa hadapan. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...