Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Malaysian Genomics, Thailand teroka inisiatif bersama

    BANGKOK, 25 SEPT – Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (Malaysian Genomics), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, bekerjasama dengan rakan kongsinya dari Thailand untuk meninjau peluang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam produk dan perkhidmatan baharu.

    Pada Jumaat, Malaysian Genomics mengumumkan siri kerjasama untuk meningkatkan asas pelanggannya di Thailand.

    Kumpulan itu menandatangani perjanjian pembekalan dan kerjasama dengan Acquest Healthcare Stem Cell Research and Development Co. Ltd, penyedia pelbagai terapi sel kepada hospital, doktor pakar dan pesakit di Thailand untuk menghasilkan sel T CAR untuk bekalan kepada pelanggan Acquest.

    Malaysian Genomics turut menandatangani perjanjian pembekalan dan kerjasama dengan Salus Holdings Co. Ltd., pakar dalam saringan kesihatan menggunakan sains dan teknologi untuk pengesanan penyakit awal dan menguruskan program intervensi gaya hidup yang berpangkalan di Bangkok membekalkan produk dan perkhidmatan biofarmaseutikal dan genomik kepada pelanggan Salus. – Bernama

    Malaysian Genomics Resource Centre Bhd. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...