Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Man United setuju dapatkan Martinez

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 18 JULAI – Pemain pertahanan antarabangsa Argentina, Lisandro Martinez bakal menjadi pemain ketiga Manchester United dalam penandatanganan jendela perpindahan selepas kelab gergasi Inggeris itu bersetuju memeterai perjanjian dengan Ajax kelmarin.

    Ajax mengesahkan bahawa United akan membuat bayaran pendahuluan sebanyak AS$57 juta dengan tambahan 10 juta euro dalam bonus berkaitan prestasi.

    “Manchester United berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami telah mencapai persetujuan dengan Ajax untuk perpindahan pemain pertahanan antarabangsa Argentina, Lisandro Martinez, tertakluk kepada perubatan, syarat pemain yang dimuktamadkan, dan keperluan visa UK (United Kingdom),” kata United dalam satu kenyataan.

    Martinez dalam pada itu juga bersedia untuk bersatu semula dengan bekas pengurusnya semasa di Ajax, Erik Ten Hag.

    Ten Hag sebelum ini telah pun menandatangani pemain tengah, Christian Eriksen dan bek kiri, Tyrell Malacia untuk melengkapkan barisan skuad yang menduduki tempat keenam yang mengecewakan dalam Liga Perdana pada tahun lepas.

    Martinez sebelum ini berpindah ke Ajax dari Defensa y Justicia di tanah airnya, memenangi dua gelaran Eredivisie dan membantu juara Belanda itu mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada musim lalu. – AFP

    Pemain pertahanan antarabangsa Argentina, Lisandro Martinez dilaporkan akan menyertai Manchester United bagi musim hadapan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...