Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Skuad ping pong wanita M’sia berpeluang raih pingat di Birmingham

    KUALA LUMPUR, 18 JULAI – Skuad ping pong Malaysia optimis mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England yang dijadualkan pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

    Jurulatih Malaysia, Beh Lee Wei berkata, Malaysia berpeluang cerah untuk merangkul pingat dalam acara berpasukan wanita dalam saingan di The National Exhibition Centre nanti.

    Sementara itu, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2010 di New Delhi serta edisi 2014 di Glasgow itu berkata, mereka telah memberikan tiga lagi nama atlet untuk pertimbangan MSN bagi diserap ke dalam Program Podium tahun hadapan, sekali gus menyertai tujuh pemain sedia ada ketika ini.

    Katanya, tiga atlet yang dicadangkan ialah Danny Ng Wann Sing dan Lee Yong Yi serta seorang pemain wanita, Im Li Ying. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian mereka pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Mei lepas.

    Danny dan Yong Yi adalah merupakan sebahagian daripada pemenang perak bagi acara berpasukan lelaki manakala Li Ying pula membantu Malaysia merangkul gangsa dalam acara berpasukan wanita. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...