Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mane sandang Pemain Terbaik Afrika

    RABAT, 22 JULAI – Sadio Mane kelmarin dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika di bagi kali kedua.

    Penyerang Senegal itu pertama kali memenangi penghormatan tersebut pada 2019 semasa bersama Liverpool. Mane meninggalkan kelab Liga Perdana itu bulan lalu selepas menandatangani perjanjian tiga tahun bersama Bayern Munich.

    “Saya sangat berbesar hati dan sangat gembira menerima anugerah ini sekali lagi. Terima kasih kepada jurulatih saya, rakan sekerja kelab dan pasukan kebangsaan saya serta rakan-rakan yang sentiasa menyokong dalam masa sukar saya,” kata Mane.

    Mane berada di ibu negara Maghribi kelmarin untuk mene-rima anugerah itu selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk kelab baharunya semasa kemenangan persahabatan pramusim 6-2 ke atas DC United di Washington pada Rabu lalu.

    Ia merupakan anugerah pemain terbaik kedua berturut-turut bagi Mane selepas pandemik COVID memaksa pembatalan bagi dua edisi terakhir.

    Pencapaiannya itu mengatasi bekas rakan sepasukan Liverpool, Mohamed Salah dari Mesir dan rakan senegara Senegal serta penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy. – AFP

    Penyerang Senegal, Sadio Mane (kanan) menerima anugerah Pemain Terbaik Lelaki Afrika semasa Anugerah Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) 2022 di Rabat kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...