Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Marcos Jr bebas gejala COVID

    MANILA, 13 JULAI – Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr tidak lagi mengalami gejala COVID dan berkemungkinan akan menamatkan pengasingan diri selama tujuh hari pada Jumaat ini, menurut Setiausaha Akhbar, Trixie Cruz-Angeles hari ini.

    Memetik buletin kesihatan yang dikeluarkan oleh doktor merawat Marcos Jr, Angeles berkata pemimpin berusia 64 tahun itu ‘bebas daripada gejala sejak dua hari lalu’.

    Selain itu, beliau juga berkata presiden berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang masalah pernafasan.

    Marcos Jr telah menjalankan pengasingan diri sejak Jumaat lepas setelah dijangkiti COVID. Beliau pernah disahkan positif pada Mac 2020. – Xinhua

    Presiden Filipina, Marcos Jr tidak lagi mengalami gejala COVID dan mungkin akan menamatkan pengasingan diri Jumaat ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...