Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Menang ke Qatar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Kereta Hyundai Creta yang baru dibeli pada Oktober lepas telah membawa tuah kepada Dayang Nur Khairunissa binti Haji Mohammad Wali apabila terpilih sebagai pemenang utama promosi cabutan bertuah anjuran Setia Motors Sdn Bhd.

    Selaku pemenang utama, beliau membawa pulang tiket penerbangan ke Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia 2022. Manakala itu, tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Dayang Siti Azeerah binti Azari dan Dayang Arpah binti Haji Edin yang membawa pulang baucar wang tunai.

    Majlis pengundian dan penyampaian hadiah berlangsung di Bilik Pameran Setia Motors, Beribi, hari ini dan telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Setia Motors, Awang Fadhillah bin Sulaiman.

    Ketika ditemui, Dayang Nur Khairunissa mengongsikan perasaan gembira dan tidak menyangka akan berpeluang mendapat hadiah utama, dan ia merupakan hadiah cabutan bertuah yang pertama dimenanginya.

    “Saya hanya datang ke acara ini untuk berkongsi keterujaan ingin mengetahui siapa yang akan menjadi pemenang hadiah,” jelasnya.

    Beliau juga tidak menjangka Piala Dunia akan berlangsung pada November ini malah menyangka ia akan berlangsung pada Disember.

    Namun beliau berharap untuk pergi Qatar kerana ia merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sana seterusnya ingin mengalami sesuatu yang baharu bersama salah seorang ahli keluarga beliau.

    “Saya dan keluarga biasanya menonton Piala Dunia bersama dan meneka negara mana untuk memenangi piala. Kami tidak mempunyai negara tertentu untuk dipilih, tetapi kami sentiasa memihak kepada Belanda, jadi dengan perjalanan ini saya berharap dapat melihat sesuatu yang menarik,” tambahnya.

    Dalam promosi berkenaan, sebanyak 200 nama layak menyertai cabutan bertuah berkenaan dan daripada jumlah itu, 15 telah disenarai pendekkan oleh pihak pengurusan pada 2 November lalu untuk menghadiri majlis pengundian berkenaan.

    Promosi sepanjang Oktober itu adalah bagi pelanggan yang membeli kereta Hyundai Creta.

    Dayang Nur Khairunnisa menerima hadiah selaku pemenang pertama.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...