Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Menerokai warisan dan tamadun Iran

    HANOI – Kira-kira 65 keping gambar dan tujuh klip video yang memaparkan tapak peninggalan bersejarah, landskap, adat resam dan rutin harian rakyat Iran yang dipamerkan di Muzium Etnologi Vietnam.

    Bertajuk ‘Warisan Seni Iran, asal usul tamadun’, acara itu mempamerkan koleksi permaidani yang menakjubkan, pasu yang dilukis dengan tangan dan tembaga yang berukir dan bersalut.

    Di satu bahagian, kraftangan mencerminkan kebijaksanaan dan kemahiran rakyat Iran dan memberi pengunjung gambaran tentang kesenian Iran yang canggih dan intipati kebangsaannya yang berkembang sepanjang zaman. Di bahagian lain, gambar-gambar menceritakan jejak sejarah Iran, landskap yang indah, dan pandangan pada adat, ritual dan kehidupan seharian tradisional rakyat.

    Acara itu bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Iran dan Vietnaam. Ali Akbar Nazari, Duta Besar Iran ke Vietnam, berkata budaya memainkan peranan penting dalam komunikasi antarabangsa.

    “Menyedari bahawa budaya memiliki tempat istimewa sebagai kuasa yang berpengaruh, pihak kedutaan menganggap mengadakan acara kebudayaan sebagai keutamaan,” katanya. – ANN/VNS

    Permaidani tradisional Iran yang dipamerkan pada acara itu. – ANN/VNS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...