Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Menteri dalam negeri Ukraine maut dalam nahas helikopter

    BROVARY, UKRAINE, 18 JAN – Menteri Dalam Negeri Ukraine antara belasan orang yang terbunuh dalam kejadian nahas helikopter berhampiran sebuah tadika di luar Kyiv, hari ini.

    Pegawai sebelum ini berkata bahawa 18 orang terbunuh namun kemudian memaklumkan jumlah korban adalah 16 orang, termasuk seorang timbalan menteri dan tiga orang kanak-kanak.

    Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyifatkan kejadian nahas helikopter itu, yang dalam perjalanan ke barisan hadapan di timur Ukraine, sebagai ‘tragedi dahsyat’.

    Tiada dakwaan segera dari Kyiv mengenai tentera Rusia terlibat menembak jatuh pesawat itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui puncanya.

    Helikopter itu membawa Menteri Dalam Negeri, Denys Monastyrsky yang terjunam berhampiran sebuah tadika dan bangunan kediaman di Brovary.

    Kelihatan sebuah kereta musnah akibat dihempap bilah kipas helikopter di Brovary, luar bandar Kyiv, kelmarin. – AP
    Anggota penyelamat dikerahkan di tempat kejadian. – AP

    Wartawan AFP yang berada di tapak nahas melihat bangkai pesawat dan puing dari bangunan berdekatan serta sebuah kereta musnah dihempap bilah kipas helikopter.

    Video yang tular di media sosial menunjukkan tangisan dapat didengar dan api sedang marak.

    Dia menambah bahawa Monastyrsky dan timbalan pertamanya, Yevgeniy Yenin, terbunuh.

    “Sebuah helikopter perkhidmatan kecemasan negara terhempas di Brovary. Menteri Dalam Negeri disahkan terkorban dalam nahas tersebut,” kata ketua perkhidmatan polis Ukraine, Igor Klymenko, dalam satu kenyataan.

    Seramai 30 orang, termasuk 12 orang kanak-kanak telah dikejarkan ke hospital, katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...