Sunday, May 19, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Menteri Negara India adakan lawatan rasmi ke Brunei

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Hal Ehwal Parlimen, Kerajaan India, Tuan Yang Terutama V. Muraleedharan, telah mengadakan lawatan rasmi selama sehari ke Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Semasa lawatan berkenaan, Tuan Yang Terutama telah berpeluang menghadiri majlis makan malam Pravasi Bhartiya Utsav, dengan menampilkan pelbagai masakan India oleh persatuan masyarakat India di negara ini bertempat di The Empire Brunei.

    Semasa menyampaikan ucapan pada majlis yang dihadiri oleh lebih 300 orang ahli diaspora India itu, Tuan Yang Terutama telah menyentuh tentang anjakan transformatif di India, kisah pertumbuhan India dan menggesa mereka untuk memangkin hubungan dua hala antara India dan Brunei.

    TYT V. Muraleedharan juga berpeluang berkunjung ke Daerah Belait dengan melawat hab komersial minyak dan gas negara pada hari seterusnya khususnya berinteraksi dengan diaspora India yang bertugas di tempat tersebut di mana beliau begitu menghargai peranan diaspora India sebagai duta jenama budaya, masakan, yoga dan etos India.

    Di samping itu, Tuan Yang Terutama juga meminta masyarakat India untuk menyebarkan dan mempromosikan penggunaan Milet sebagai super food seterusnya, di mana tahun 2023 merupakan Tahun Milet Antarabangsa.

    Kemudian, majlis resepsi komuniti dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi India, di mana TYT V.

    Muraleedharan berkesempatan menemui ahli komuniti perniagaan India terkemuka di negara ini sekali gus mengemukakan saranan untuk terus mempromosikan produk India dan menjadi rakan kongsi dalam kisah kejayaan India.

    Turut menjadi tinjauan lawatan Tuan Yang Terutama pada hari terakhir sebelum meninggalkan Negara Brunei Darussalam ke Kuala Lumpur, Malaysia ialah tapak kemajuan projek Canseri dan Kediaman Rasmi Suruhanjaya Tinggi India yang sedang dalam pembinaan, berkemungkinan akan siap tidak lama lagi.

    TYT V. Muraleedharan bergambar ramai semasa acara kebudayaan di The Empire Brunei. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi India di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...