Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mesir, Israel tingkat bekalan gas kepada EU

    KAHERAH, 15 JUN – Mesir, Israel dan Kesatuan Eropah (EU) kelmarin menandatangani perjanjian bagi meningkatkan jualan gas asli cecair kepada negara-negara EU, yang bertujuan mengurangkan pergantungan kepada bekalan dari Rusia ketika perang di Ukraine masih berlarutan.

    Perjanjian itu, yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang Kaherah, akan menyaksikan Israel menghantar lebih banyak gas melalui Mesir, yang mempunyai kemudahan bagi mencairkannya untuk dieksport melalui laut, kata ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

    “Ini ialah saat yang istimewa. Saya sangat mengalu-alukan pemeteraian perjanjian bersejarah ini,” kata von der Leyen dalam sidang akhbar bersama menteri tenaga Mesir dan Israel.

    Beliau berkata, perjanjian itu adalah sebahagian daripada usaha Eropah bagi mempelbagaikan sumber tenaga dari Rusia dan mengimport hidrokarbon daripada “pembekal lain yang boleh dipercayai” dengan menamakan Israel dan Mesir yang telah muncul sebagai pengeksport gas dalam beberapa tahun kebelakangan ini berikutan penemuan besar di luar pesisir pantai.

    Menurut perjanjian tersebut, EU akan membantu Mesir dan Israel meningkatkan pengeluaran gas dan penerokaan di perairan wilayah mereka. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas berapa banyak gas yang akan diimport oleh EU dari Israel atau Mesir. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...